Mar 1, 2009

Kota A'Famosa (Porta de Santiago)

Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.

Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka. Mereka telah mengubah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana “ANNO 1670” boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengekalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. Ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah. (dipetik dari melaka.gov.com.my)



gambar dahulu

gambar kini



Memang menjadi kemestian untuk berkunjung ke Kota A'Famosa jika anda berada di negeri Melaka. Kota A'Famosa ini terletak di tengah-tengah kawasan pelancongan di Banda Hilir yang juga berdekatan dengan Dataran Pahlawan. Bergambarlah disini sebagai bukti anda menjejakkan kaki ke negeri Hang Tuah ini.

Feb 25, 2009

Selamat Datang!

Salam sejahtera dalam selamat datang ke webblog I Love Melaka. Laman blog ini diwujudkan bagi berkongsi pengalaman saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang begitu mencintai negeri Melaka. Di webblog ini akan saya paparkan tempat-tempat menarik di Melaka sebagai panduan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengunjungi negeri yang bersejarah ini.

Disini saya mulakan dengan pengenalan pentadbir negeri Melaka.













Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob (kanan) dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (kiri)